Assalamu'alaikum dan selamat datang ke Laman budaksoftware.blogspot.com.

Kepada Pembaca yang dihormati..

Pada awalnya blog Jom Bincang Software hanya ingin menyentuh hal-hal yang berkaitan software/perisian tetapi disebabkan keperluan masyarakat terhadap ilmu ilmiah juga sama penting dengan pengetahuan perisian, maka dimasukmuatkan juga bahan ilmiah sebagai bahan bacaan tambahan.

''tiada perisian yang lebih baik dari perisian yang sudah dicuba-uji dengan kerapkali dan berterusan..''

dipetik dari kata-kata

Ibnu Zaidi
Admin budaksoftware.blogspot.com

Sabtu, 19 Jun 2010

Bagaimana membetulkan lidah menyebut bunyi R

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera sahabat..

Tajuk kali ini pun lari dari tajuk asal blog iaitu untuk membincangkan tentang software tetapi masih lagi berkaitan dengan produk digital iaitu eBook (ebuku). Ok.. post kali ini mengenai ebook cara menyebut r dengan betul, panduan untuk korang yang bermasalah menyebut bunyi R.

Jika korang bermasalah menyebut R, post ini untuk korang tapi sekiranya korang tidak bermasalah R maka post ini untuk memahami korang betapa sukarnya melalui hidup tanpa R. Tidak sesukar mana pun.. Mungkin korang telah banyak berusaha untuk menggetarkan lidah. Tahukah korang bahawa lidah ini jika tidak dibiasakan dengan sesuatu sebutan sejak dari kecil, maka sukar untuk anda melatihnya apabila korang dah besar. Itulah ramai yang cakap pelat atau dalam bahasa indonesianya cadel walaupun dah besar.

Antara faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya salah ibubapa yang membiarkan anak-anak menyebut perkataan yang salah semasa kecil. Bukanlah salah ibubapa pun, mungkin tiada kesedaran terhadap pentingnya pembelajaran sebutan semasa kanak2 menyebabkan anak2 cakap pelat sampai dewasa. Kadang-kadang ibubapa pun ikut pelat anak bila bercakap, jadi anak pun ingat sebutan dia betul. Selain tu, dialek atau loghat gak menyebabkan ramai rakan2 kita yang tak boleh sebut r. Macam orang cina, ramai yang sebut "ar" jd "al". Orang jd Olang.

Jadi, peranan ibubapa sangat penting untuk mencorak anak. Disebabkan kelalaian atau ketidaksedaran kita mengenai pendidikan kanak2 menyebabkan anak2 kita nanti bila dah dewasa mengalami masalah dalam pertuturan. Contohnya dalam menyebut bunyi R.

Sebutan r memerlukan lidah untuk bergetar. Udara diperlukan untuk menggetarkan hujung lidah dan pita suara dibunyikan. Menurut kajian berkaitan pendidikan awal kanak-kanak, bunyi r biasanya akan dapat disebut kanak2 dalam usia 6,7 atau 8 tahun. Tetapi itu hanya anggaran yang umum, ramai juga yang dapat menyebut dalam usia yang lebih awal dan ramai juga bila dah besar sekolah menengah baru dapat betulkan sebutan. Akan tetapi usia yang baik untuk melatih menggetarkan lidah pada peringkat kanak2 kerana keadaan lidah yang masih lembut dan mudah dilentur menyebut apa-apa jenis sebutan. Jadi pelajarannya, kalau dah ada anak tu, ajarlah menyebut perkataan yang mudah bagi mereka pada usia yang muda (kanak2).

Bagi korang yang dah sukar menggetarkan lidah menyebut r disebabkan lidah yang sudah keras, korang kena berusaha lebih untuk menggetarkan lidah. Lidah korang kena aktif selalu dengan getaran barulah mudah untuk korang menyebut r. Tapi memang sukar untuk menggetarkan lidah yang dah keras ni. Kena paksa lidah korang untuk bergetar. Mungkin cuba cari petua dari mereka yang berjaya menyebut r dan banyakkan bertanya dengan orang lain. Tetapi panduan yang terbaik untuk korang, saya syorkan panduan untuk menggetarkan lidah menyebut bunyi r. Panduan hasil dari pengalaman penulis untuk mengubati sebutan R. Layari http://sebutrbetul.co.cc/

Alhamdulillah setakat ini ramai yang dah cuba panduan ini dan bermanfaat juga kepada mereka dalam usaha untuk memperbaiki sebutan R. Yang penting korang yakin dengan diri sendiri dan berusaha sungguh-sungguh.. Sebabnya lidah perlu dipaksa untuk bergetar dalam keadaan lidah yang sudah keras ini. Dan untuk meyakinkan korang lagi, mesej ini disampaikan oleh hamba Allah yang sudah berjaya berhasil memperbaiki sebutan r :)

Rabu, 16 Jun 2010

Lupa ID (username) dan password (kata laluan)?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera sahabat..

Kali ini kita berbincang tentang software yang berkaitan dengan penyimpanan kata laluan. Adakah korang mempunyai banyak laman yang memerlukan korang memasukkan kata laluan setiap kali login? pastinya sukar bagi korang sekiranya mempunyai laman web yang banyak memerlukan anda mengisi username dan password (u/p).

Bagi enjin carian seperti google dan yahoo, mereka menyediakan satu sistem memori untuk menyimpan data berkaitan u/p. Akan tetapi service ini tidak begitu baik untuk digunakan disebabkan password anda akan terdedah dengan jenayah kecurian seperti kecurian u/p. Lebih bahaya lagi sekiranya anda menggunakan akaun yang melibatkan kewangan.

Disebabkan keperluan terhadap penyelesaian ini, terdapat banyak organisasi yang cuba memperkenalkan produk mereka yang berkaitan dengan penyimpanan data ini. Antara yang terkenal ialah roboform.

Ok, saya terangkan kelebihan roboform yang telah dan masih saya gunakan sehingga kini.
- Ianya mudah di-install dan ringan (3.02 MB).
- Menguruskan password serta Log In automatik.
- Boleh mengisi borang yang panjang dan disimpan serta checkout hanya dengan 1 klik sahaja.
- Password utama roboform membolehkan hanya anda seorang yang boleh menggunakannya (sekuriti).
- Mencadangkan kepada anda password yang kuat untuk digunakan untuk membina password baru.
dan banyak lagi kelebihan yang dapat memudahkan kita mengisi borang seperti log in tanpa menaip username dan password setiap kali kita masuk. Hanya dengan 1klik kita boleh aksess laman web yang ingin kita lawati.

Roboform Password Manager juga dapat bagi pengguna:
IE 6, 7, 8 Firefox 2, 3, 3,5, 3,6 , Windows XP, Vista, Windows 7 USB Devices iPhone, Android, WinMobile, Palm, BlackBerry, Symbian, Opera, Linux.

Sekiranya korang ingin mencuba dahulu sebelum mendapatkan yang berlesen, korang boleh dapatkan di sini (http://www.roboform.com). Untuk percubaan ini anda boleh menggunakan sehingga 17simpanan (kalau tidak silap) dan korang boleh delete untuk mengubah password yang lain. Best bukan.. :) harap ianya dapat memudahkan urusan kita.

Sekian untuk kali ini..

Selasa, 15 Jun 2010

Masih Mencari Hosting Percuma?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera sahabat..

Post kali ini mungkin lari dari perbincangan tajuk software tetapi cuba juga diketengahkan untuk menjawab persoalan rakan-rakan yang ingin memulakan dunia internet. Kira ilmu juga la.. :)

Dalam beberapa bulan yang lalu saya telah mencuba untuk membuat laman web baru.
Semestinya percubaan pertama mencari tapak laman web (hosting) percuma.
Setelah banyak membaca (kebanyakan dari ebook berkaitan web), saya terjumpa 1 hosting yang agak popular juga dan sangat sesuai untuk anda yang baru bermula. Hosting tersebut adalah 000webhost.
Antara ciri-ciri yang disediakan seperti di bawah:

- 1500 MB Disk Space - cukup untuk laman web yang biasa.
- 100 GB Bandwidth - satu level kelajuan pemindahan data yang agak tinggi.
- Domain hosting anda sendiri - anda boleh gunakan domain sendiri.
- CPanel Control panel
- Website Builder
- Lebih dari 500 website template siap untuk di-download
- Free POP3 Email Box dan masuk ke Webmail
- FTP dan Web berasaskan fail manager (fail untuk mengurus laman web)
- PHP, MySQL, Perl, CGI, Ruby.
- Tidak ada Iklan sama sekali!

Hebat bukan.. :) hosting ini sudah ramai yang menggunakannya. Sekiranya anda memiliki domain laman web sendiri (berdaftar) anda boleh menggunakan hosting ini agar laman web anda nampak lebih professional. Jika anda merancang untuk membuat laman web tanpa perlukan bajet sesen pun, anda bolehlah bencuba hosting ini. Pastikan anda mempunyai domain sendiri dahulu atau pilih domain yang mereka sediakan.
Untuk keterangan lanjut layari http://www.000webhost.com/319970.html

Selamat Datang..

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian..

Banyaknya halangan dan rintangan telah juga ditempuhi untuk menyiapkan blog ini dalam masa beberapa hari sahaja. Tengok tajuk pun sudah tahu blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman sahabat sekalian berkaitan dengan perisian (bahasa inggerisnya software) yang penting untuk sesebuah komputer.

So, korang yang banyak review atau survey perisian yang ada di dalam dunia internet ini diharap dapat menyumbang sedikit Ilmu dalam menjadikan blog ini sebagai gerbang ilmu perisian.

Sebelum mengakhiri penulisan kali ini, penulis ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat blog ini.

Ibnu Zaidi