Assalamu'alaikum dan selamat datang ke Laman budaksoftware.blogspot.com.

Kepada Pembaca yang dihormati..

Pada awalnya blog Jom Bincang Software hanya ingin menyentuh hal-hal yang berkaitan software/perisian tetapi disebabkan keperluan masyarakat terhadap ilmu ilmiah juga sama penting dengan pengetahuan perisian, maka dimasukmuatkan juga bahan ilmiah sebagai bahan bacaan tambahan.

''tiada perisian yang lebih baik dari perisian yang sudah dicuba-uji dengan kerapkali dan berterusan..''

dipetik dari kata-kata

Ibnu Zaidi
Admin budaksoftware.blogspot.com

Rabu, 16 Jun 2010

Lupa ID (username) dan password (kata laluan)?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera sahabat..

Kali ini kita berbincang tentang software yang berkaitan dengan penyimpanan kata laluan. Adakah korang mempunyai banyak laman yang memerlukan korang memasukkan kata laluan setiap kali login? pastinya sukar bagi korang sekiranya mempunyai laman web yang banyak memerlukan anda mengisi username dan password (u/p).

Bagi enjin carian seperti google dan yahoo, mereka menyediakan satu sistem memori untuk menyimpan data berkaitan u/p. Akan tetapi service ini tidak begitu baik untuk digunakan disebabkan password anda akan terdedah dengan jenayah kecurian seperti kecurian u/p. Lebih bahaya lagi sekiranya anda menggunakan akaun yang melibatkan kewangan.

Disebabkan keperluan terhadap penyelesaian ini, terdapat banyak organisasi yang cuba memperkenalkan produk mereka yang berkaitan dengan penyimpanan data ini. Antara yang terkenal ialah roboform.

Ok, saya terangkan kelebihan roboform yang telah dan masih saya gunakan sehingga kini.
- Ianya mudah di-install dan ringan (3.02 MB).
- Menguruskan password serta Log In automatik.
- Boleh mengisi borang yang panjang dan disimpan serta checkout hanya dengan 1 klik sahaja.
- Password utama roboform membolehkan hanya anda seorang yang boleh menggunakannya (sekuriti).
- Mencadangkan kepada anda password yang kuat untuk digunakan untuk membina password baru.
dan banyak lagi kelebihan yang dapat memudahkan kita mengisi borang seperti log in tanpa menaip username dan password setiap kali kita masuk. Hanya dengan 1klik kita boleh aksess laman web yang ingin kita lawati.

Roboform Password Manager juga dapat bagi pengguna:
IE 6, 7, 8 Firefox 2, 3, 3,5, 3,6 , Windows XP, Vista, Windows 7 USB Devices iPhone, Android, WinMobile, Palm, BlackBerry, Symbian, Opera, Linux.

Sekiranya korang ingin mencuba dahulu sebelum mendapatkan yang berlesen, korang boleh dapatkan di sini (http://www.roboform.com). Untuk percubaan ini anda boleh menggunakan sehingga 17simpanan (kalau tidak silap) dan korang boleh delete untuk mengubah password yang lain. Best bukan.. :) harap ianya dapat memudahkan urusan kita.

Sekian untuk kali ini..

1 ulasan:

  1. fb saya ada orang ubah password saya dan saya lupa yahoo email saya T_T

    BalasPadam

Taip komen anda di sini