Assalamu'alaikum dan selamat datang ke Laman budaksoftware.blogspot.com.

Kepada Pembaca yang dihormati..

Pada awalnya blog Jom Bincang Software hanya ingin menyentuh hal-hal yang berkaitan software/perisian tetapi disebabkan keperluan masyarakat terhadap ilmu ilmiah juga sama penting dengan pengetahuan perisian, maka dimasukmuatkan juga bahan ilmiah sebagai bahan bacaan tambahan.

''tiada perisian yang lebih baik dari perisian yang sudah dicuba-uji dengan kerapkali dan berterusan..''

dipetik dari kata-kata

Ibnu Zaidi
Admin budaksoftware.blogspot.com

Selasa, 10 Ogos 2010

Implikasi Ganjaran Terhadap Perundingan Antarabangsa

1. Ganjaran

Maimunah Aminuddin (2005) mendifinisikan ganjaran sebagai satu bentuk penghargaan kepada pekerja yang produktif. Produktiviti pekerja yang meningkat akan dibayar dengan ganjaran sama ada dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan sebagai satu penghargaan. Ini akan meningkatkan lagi kepuasan kerja pekerja.

Selain itu,di dalam buku ‘Pengurusan dan Teknologi Pejabat’ yang ditulis oleh Samsudin Wahab (2003), beliau mengatakan,
Selain dapat mendorong kakitangan pejabat, insentif yang diadakan juga adalah satu kaedah kawalan kualiti yang dapat menghasilkan perkhidmatan yang produktif di kalangan pekerja pejabat.

Terdapat beberapa bentuk ganjaran yang diperkenalkan dalam PSM yang memberi kepuasan kerja pekerja. Menurut Eugene McKenna dan Nic Beech (2002), terdapat 5 bentuk sistem ganjaran iaitu:
i) Time rates iaitu sistem pembayaran gaji sama ada mengikut jam, hari, minggu bulan dan termasuk juga upah minimum.
ii) Payment by results iaitu skim pembayaran yang merujuk kepada kuantiti yang dihasilkan oleh pekerja (output).
iii) Individual/group performence-related pay (temasuk profit related pay) iaitu pembayaran melalui penilaian hasil pengeluaran dan juga kelakuan kerja yang bertambah baik sama ada individu atau berkumpulan.
iv) Skill/competency-based pay iaitu menekankan input yang masuk seperti peningkatan skill, pengetahuan dan prestasi pekerja yang meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran.
v) Cafeteria or flexible benefit system merupakan skim untuk menguruskan pampasan. Ia lebih dikenali sebagai satu pakej pampasan yang untuk pekerja.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa ganjaran merupakan satu penghargaan kepada pekerja dan kaedah untuk mengawal dan membawa kepada kualiti dan prestasi kerja yang lebih produktif. Ganjaran boleh dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan dibayar setimpal dengan peningkatan produktiviti pekerja. Hasilnya akan memberi kepuasan kepada pekerja dalam melakukan pekerjaannya.

2. Kepuasan Kerja

Parag Diwan dalam bukunya ‘Human Resource Management’, 1991, mendefinisikan kepuasan kerja sebagai tindakan-tindakan yang dilakukan secara tidak langsung tetapi berkesan. Sekiranya ramai dikalangan pekerja mengalami kepuasan kerja, organisasi tersebut akan lebif efektif.

Wexley dan Yukl pula mendefinisikan kepuasan kerja sebagai “the way an employee feels about his or her job”. Ini bermaksud kepuasan kerja adalah cara pekerja merasakan tentang diri atau pekerjaannya. Kepuasan kerja adalah perasaan yang menyokong atau tidak menyokong dalam diri pekerja yang berhubungan dengan pekerjaan mahupun keadaan dirinya. Perasaan yang berhubungan dengan pekerjaan melibatkan aspek-aspek seperti keupayaan, peluang memperkembangkan kerjaya, hubungan dengan pekerja lain, tempat kerja, dan struktur organisasi. Sementara itu, perasaan yang berhubungan dengan dirinya antara lain berupa umur, kesihatan, kemampuan dan pendidikan.

Bacaan lebih lanjut: http://www.matakailteam2010.co.cc/ebook/ImplikasiGanjaranTerhadapKepuasanKerja.pdf

Rahsia Kejayaan Sebenar

Soal Selidik Peribadi Anda

Kenali keperibadian anda untuk mengetahui sejauh mana anda dapat melangkah gagah sebagai seorang Juara.
Anda harus menjawab 75 soalan dengan jujur sekiranya anda inginkan kejayaan dari dalam diri anda.
Jawapan dari soalan-soalan di bawah ini akan mendedahkan anda tentang diri anda yang sebenar, dan akan memperlihatkan bahawa anda individu yang lain dari yang lain. Sama sekali berbeza dengan jutaan manusia di planet ini. Analisis dari jawapan ini dapat memberikan anda maklumat tentang diri dan cita-cita anda.

Jawapan dari soal selidik peribadi ini akan memberikan anda fakta yang sebenar tentang diri anda yang mana akan menyebabkan anda kagum terhadap diri sendiri.
Cukup hanya dengan menjawab setiap soalan secara jujur. Kemudian hitung jawapan anda dan lihat markah yang anda perolehi.
Soalan ini adalah adaptasi dari soalan YOUR “SUCCESS PROFILE” QUESTIONNAIRE dalam Napoleon Hill Foundation www.naphill.org

17 PRINSIP PENCAPAIAN PERIBADI

17 prinsip ini adalah asas kejayaan para pemimpin dunia yang luar biasa. Kejayaan merupakan satu ilmu. Anda boleh mempelajari rahsia kejayaan dalam hidup anda, pekerjaan atau pun persekitaran anda.
Mungkin anda seorang yang mempunyai masalah peribadi yang serius, mungkin juga anda seorang yang tidak pernah kecukupan kewangan, mungkin anda mempunyai beban tanggungan yang besar. Walau apa pun anda. Anda tetap anda yang sebenar dan berpotensi mengangkat dunia mempengaruhi dunia orang lain.
Jadi, jangan buang masa. Kenali diri anda. Anda akan mengetahui rahsia kejayaan, dan kejujuran anda menjawab soalan ini merupakan langkah pertama kejayaan anda.


Bacaan lebih lanjut: http://www.matakailteam2010.co.cc/ebook/RahsiaKejayaanSebenar.pdf

Cabaran Dalam Kesatuan Sekerja

Kesatuan sekerja adalah suatu elemen penting dalam perhubungan perindustrian. Kesatuan Sekerja terdiri daripada sekumpulan pekerja yang bergabung untuk melindungi kepentingan bersama dan mengadakan perundingan dan perjanjian bersama dengan majikan demi menjamin hak dan faedah pekerja. Kesatuan sekerja adalah pertubuhan yang bukan sahaja terhad kepada pekerja-pekerja biasa malahan termasuk mereka yang berada dalam kategori pengurusan, penyelia, eksekutif dan sebagainya.

Kewujudan kesatuan pada dasarnya berfungsi mengimbangi perbezaan kedudukan antara majikan dan pekerja. Dengan wujudnya kesatuan yang bersifat sebagai ‘orang tengah’, berbagai-bagai masalah yang melibatkan majikan dan pekerja dapat diatasi. Di samping itu, pekerja juga memperoleh faedah-faedah tertentu mengikut perjanjian bersama seperti mana yang dituntut oleh kesatuan tanpa mengira sama ada dia adalah ahli kesatuan ataupun tidak.

Dari sudut pandangan seseorang majikan , pekerja yang menganggotai kesatuan sekerja boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.


Sejarah Kesatuan Sekerja

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditubuhkan dalam bulan Julai 1946 untuk menguatkuasakan Enakmen Kesatuan Sekerja 1940. Di bawah enakmen ini, sebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan diwajibkan memohon untuk pendaftaran kepada Pendaftar Kesatuan Sekerja. Pendaftaran kesatuan sekerja bermula dalam tahun 1947 dan pada penghujung tahun tersebut sebanyak 298 kesatuan sekerja telah didaftarkan dengan jumlah keahlian seramai 195,113 orang.

Nama Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditukar kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dalam tahun 1989. Gelaran Ketua Jabatan telah juga ditukar daripada Pendaftar Kesatuan Sekerja kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk mencerminkan peranan dan tanggungjawab yang sebenar selain daripada mendaftarkan kesatuan sekerja.

Untuk bacaan lebih lanjut http://www.matakailteam2010.co.cc/ebook/CabarandalamKesatuanSekerja.pdf

Isnin, 9 Ogos 2010

Pengaruh Komunikasi Terhadap Perundingan Antarabangsa (Ebook)

Komunikasi sebenarnya adalah konsep yang susah didefinisikan ataupun ditafsirkan. Ini kerana konsep komunikasi ini bersifat abstrak dan mempunyai makna yang luas. Walaubagaimana pun, konsep komunikasi ini cuba untuk diterangkan seperti oleh Dance (1976) yang telah menggariskan beberapa dimensi yang boleh digunakan untuk membezakan konsep komunikasi secara kritikal. Terdapat tiga tahap perbezaan komunikasi:
1. Tahap Pemerhatian
Dimensi ini menyatakan ada komunikasi wujud dalam makna yang luas atau am dan wujud juga komunikasi sempit atau khusus.
a. Komunikasi umum:
Komunikasi yang merujuk kepada definisi yang luas dan tidak merujuk kepada mana-mana sumber, mesej atau pun penerima yang khusus.
Ruesch (1957) menyatakan komunikasi adalah proses yang menghubungkan bahagian-bahagian yang terasing di dunia ini.
b. Komunikasi khusus/terhad:
Komunikasi merupakan satu mesej yang sangat jelas sumber, dan penerimanya.
American College Dictionary (1964) menyatakan komunikasi adalah kaedah menghantar mesej tentera, arahan menggunakan telefon, telegraf, radio atau kurier.

Kata perundingan pada umumnya digunapakai untuk suatu pembicaraan atau perundingan dengan tujuan mencapai suatu kesepakatan antara para perunding tentang hal-hal yang dirundingkan. Ini ditegaskan oleh Chatterjee Chatterjee (2000) menyatakan perundingan merupakan suatu proses pembicaraan atau perundingan mengenai suatu hal tertentu untuk mencapai suatu kompromi atau kesepakatan di antara para pihak yang melakukan perundingan. Menurut Pruitt (1981) pula menyatakan perundingan adalah perjanjian antara dua pihak yang mana kedua-duanya mendapat manfaat bersama.

Menurut Hopman (2001) menyatakan “negotiation occurs when two or more interdependent parties apply diplomatic rather than military means to the settlement of a shared problem or conflict of interest”. Menurut Hans Weigand et., al (2003) pula, “negotiation is, in fact, a process with two or more interdependent participants each with their own possibly incompatible goals. During a negotiation process alternatives are investigated, of which one may be chosen as the mutually acceptable outcome”.

Kata perundingan pada umumnya digunapakai untuk suatu pembicaraan atau perundingan dengan tujuan mencapai suatu kesepakatan antara para perunding tentang hal-hal yang dirundingkan. Ini ditegaskan oleh Chatterjee Chatterjee (2000) menyatakan perundingan merupakan suatu proses pembicaraan atau perundingan mengenai suatu hal tertentu untuk mencapai suatu kompromi atau kesepakatan di antara para pihak yang melakukan perundingan. Menurut Pruitt (1981) pula menyatakan perundingan adalah perjanjian antara dua pihak yang mana kedua-duanya mendapat manfaat bersama.

Menurut Hopman (2001) menyatakan “negotiation occurs when two or more interdependent parties apply diplomatic rather than military means to the settlement of a shared problem or conflict of interest”. Menurut Hans Weigand et., al (2003) pula, “negotiation is, in fact, a process with two or more interdependent participants each with their own possibly incompatible goals. During a negotiation process alternatives are investigated, of which one may be chosen as the mutually acceptable outcome”.

Maka dapat disimpulkan bahawa, perundingan adalah satu perjanjian yang melibatkan dua pihak atau lebih, berjumpa bersama untuk membincangkan untuk mendapatkan persepakatan tentang sesuatu perkara yang mana membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak yang terlibat.

Bacaan lebih lanjut: http://www.matakailteam2010.co.cc/ebook/PengaruhKomunikasiTerhadapPerundingan%20Antarabangsa.pdf