Assalamu'alaikum dan selamat datang ke Laman budaksoftware.blogspot.com.

Kepada Pembaca yang dihormati..

Pada awalnya blog Jom Bincang Software hanya ingin menyentuh hal-hal yang berkaitan software/perisian tetapi disebabkan keperluan masyarakat terhadap ilmu ilmiah juga sama penting dengan pengetahuan perisian, maka dimasukmuatkan juga bahan ilmiah sebagai bahan bacaan tambahan.

''tiada perisian yang lebih baik dari perisian yang sudah dicuba-uji dengan kerapkali dan berterusan..''

dipetik dari kata-kata

Ibnu Zaidi
Admin budaksoftware.blogspot.com

Selasa, 10 Ogos 2010

Implikasi Ganjaran Terhadap Perundingan Antarabangsa

1. Ganjaran

Maimunah Aminuddin (2005) mendifinisikan ganjaran sebagai satu bentuk penghargaan kepada pekerja yang produktif. Produktiviti pekerja yang meningkat akan dibayar dengan ganjaran sama ada dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan sebagai satu penghargaan. Ini akan meningkatkan lagi kepuasan kerja pekerja.

Selain itu,di dalam buku ‘Pengurusan dan Teknologi Pejabat’ yang ditulis oleh Samsudin Wahab (2003), beliau mengatakan,
Selain dapat mendorong kakitangan pejabat, insentif yang diadakan juga adalah satu kaedah kawalan kualiti yang dapat menghasilkan perkhidmatan yang produktif di kalangan pekerja pejabat.

Terdapat beberapa bentuk ganjaran yang diperkenalkan dalam PSM yang memberi kepuasan kerja pekerja. Menurut Eugene McKenna dan Nic Beech (2002), terdapat 5 bentuk sistem ganjaran iaitu:
i) Time rates iaitu sistem pembayaran gaji sama ada mengikut jam, hari, minggu bulan dan termasuk juga upah minimum.
ii) Payment by results iaitu skim pembayaran yang merujuk kepada kuantiti yang dihasilkan oleh pekerja (output).
iii) Individual/group performence-related pay (temasuk profit related pay) iaitu pembayaran melalui penilaian hasil pengeluaran dan juga kelakuan kerja yang bertambah baik sama ada individu atau berkumpulan.
iv) Skill/competency-based pay iaitu menekankan input yang masuk seperti peningkatan skill, pengetahuan dan prestasi pekerja yang meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran.
v) Cafeteria or flexible benefit system merupakan skim untuk menguruskan pampasan. Ia lebih dikenali sebagai satu pakej pampasan yang untuk pekerja.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa ganjaran merupakan satu penghargaan kepada pekerja dan kaedah untuk mengawal dan membawa kepada kualiti dan prestasi kerja yang lebih produktif. Ganjaran boleh dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan dibayar setimpal dengan peningkatan produktiviti pekerja. Hasilnya akan memberi kepuasan kepada pekerja dalam melakukan pekerjaannya.

2. Kepuasan Kerja

Parag Diwan dalam bukunya ‘Human Resource Management’, 1991, mendefinisikan kepuasan kerja sebagai tindakan-tindakan yang dilakukan secara tidak langsung tetapi berkesan. Sekiranya ramai dikalangan pekerja mengalami kepuasan kerja, organisasi tersebut akan lebif efektif.

Wexley dan Yukl pula mendefinisikan kepuasan kerja sebagai “the way an employee feels about his or her job”. Ini bermaksud kepuasan kerja adalah cara pekerja merasakan tentang diri atau pekerjaannya. Kepuasan kerja adalah perasaan yang menyokong atau tidak menyokong dalam diri pekerja yang berhubungan dengan pekerjaan mahupun keadaan dirinya. Perasaan yang berhubungan dengan pekerjaan melibatkan aspek-aspek seperti keupayaan, peluang memperkembangkan kerjaya, hubungan dengan pekerja lain, tempat kerja, dan struktur organisasi. Sementara itu, perasaan yang berhubungan dengan dirinya antara lain berupa umur, kesihatan, kemampuan dan pendidikan.

Bacaan lebih lanjut: http://www.matakailteam2010.co.cc/ebook/ImplikasiGanjaranTerhadapKepuasanKerja.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Taip komen anda di sini