Assalamu'alaikum dan selamat datang ke Laman budaksoftware.blogspot.com.

Kepada Pembaca yang dihormati..

Pada awalnya blog Jom Bincang Software hanya ingin menyentuh hal-hal yang berkaitan software/perisian tetapi disebabkan keperluan masyarakat terhadap ilmu ilmiah juga sama penting dengan pengetahuan perisian, maka dimasukmuatkan juga bahan ilmiah sebagai bahan bacaan tambahan.

''tiada perisian yang lebih baik dari perisian yang sudah dicuba-uji dengan kerapkali dan berterusan..''

dipetik dari kata-kata

Ibnu Zaidi
Admin budaksoftware.blogspot.com

Khamis, 7 Oktober 2010

Ketahui 4 cara kritikal menghasilkan trafik sesebuah laman web yang baru

Situasi: Sekarang ini anda baru saja siap membuat website yang baru dan anda berminat untuk memulakan perniagaan. Tetapi, bagaimana untuk melakukan jualan jika trafik laman web anda tidak tinggi? Salah satu cabaran bagi mereka yang baru menceburi bidang perniagaan online adalah untuk mendapatkan trafik ke website mereka Oleh itu, post kali ini menghuraikan empat langkah penting yang harus anda ikuti untuk menghasilkan trafik yang tinggi ke website anda.

1. Isi kandungan laman web yang unik.
Enjin carian seperti google akan bertindak dengan melihat semua laman web yang mempunyai isi kandungan yang segar (fresh) dan baru. Oleh kerana itu penting bagi anda untuk memiliki kandungan website yang fresh dan berkualiti tinggi. Ini akan membuatkan enjin carian mengindeks website anda dengan cepat.

2. Mempunyai semua kata kunci website anda.
Penting sekali untuk memiliki dan mengetahui semua kata kunci yang relevan dan frasa yang berkaitan dengan topik di dalam website anda dan sebarang artikel yang anda post. Hal ini akan meningkatkan ranking website anda pada senarai enjin carian. Maksudnya, sekiranya seseorang menaip frasa atau kata kunci di enjin carian seperti google, nama website anda akan terpilih untuk mendapat ranking teratas.

3. Submit nama atau alamat URL website anda kepada enjin carian.
Disebabkan website anda yang masih baru, maka perlu bagi anda untuk menghantar URL kepada enjin carian untuk mendapatkan pengunjung yang lebih. Setelah URL website anda tersenarai pada enjin carian seperti google, pengunjung yang mencari maklumat yang berkaitan akan menjumpai website anda dengan mudah.

4. Bertukar link website dengan website yang mempunyai ranking populariti yang tinggi (PR - Popularity Ranking).
Bertukar link dengan laman web popular dan berkaitan dengan website anda merupakan cara yang efektif untuk mendapatkan trafik website dan meningkatkan ranking kedudukan website anda. Anda akan mendapat trafik atau mengunjung yang juga merupakan pengunjung website yang telah anda link.

Tadaaaa.. Mudah bukan untuk mendapatkan trafik yang tinggi ke website anda, sekiranya anda mengikuti panduan diatas, maka dengan mudah anda boleh meningkatkan trafik pengunjung kelaman web anda. Trafik yang tinggi bermaksud jualan akan meningkat. Perniagaan anda semestinya menuju kejayaan. Panduan ini sesuai juga untuk blog yang baru..

Blog ini masih lagi baru dan cba perlahan2 update :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Taip komen anda di sini