Assalamu'alaikum dan selamat datang ke Laman budaksoftware.blogspot.com.

Kepada Pembaca yang dihormati..

Pada awalnya blog Jom Bincang Software hanya ingin menyentuh hal-hal yang berkaitan software/perisian tetapi disebabkan keperluan masyarakat terhadap ilmu ilmiah juga sama penting dengan pengetahuan perisian, maka dimasukmuatkan juga bahan ilmiah sebagai bahan bacaan tambahan.

''tiada perisian yang lebih baik dari perisian yang sudah dicuba-uji dengan kerapkali dan berterusan..''

dipetik dari kata-kata

Ibnu Zaidi
Admin budaksoftware.blogspot.com

Selasa, 12 Oktober 2010

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Kebangsaan

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) secara rasminya dilancarkan oleh Telekom Malaysia (TM). Dengan kos keseluruhan mencecah RM11.3 billion, merupakan sinar baru dalam evolusi internet Malaysia. Projek ini sebenarnya sudah bermula pada 2008. Projek HSBB yang dilaksanakan secara rasmi dengan termeterainya
perjanjian antara kerajaan dan TM. Projek ini adalah sebahagian dari insiatif berterusan oleh kerajaan demi kepentingan dan faedah rakyat Malaysia.

Kejayaan projek HSBB akan memberi kesan secara langsung kepada peningkatan aktiviti ICT dan pertumbuhan ekonomi di negara kita. Hakikatnya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa HSBB boleh membawa manfaat yang besar, bukan sahaja kepada pelanggan individu dan juga syarikat-syarikat perniagaan, tetapi juga kepada negara secara keseluruhan nya. HSBB amat penting untuk pembangunan nasional kerana ia memberi kesan secara langsung kepada peningkatan produktiviti, aktiviti ICT dan pertumbuhan menyeluruh ekonomi di negara kita. Ia akan mengukuhkan lagi daya saing kita berbanding negara-negara lain yang turut telah melaksanakan HSBB lebih awal. Negara-negara ini telah mendahului kita dalam aspek prasarana ICT, dan kini mereka telahpun menikmati manfaat daripada pelaburan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Taip komen anda di sini