Assalamu'alaikum dan selamat datang ke Laman budaksoftware.blogspot.com.

Kepada Pembaca yang dihormati..

Pada awalnya blog Jom Bincang Software hanya ingin menyentuh hal-hal yang berkaitan software/perisian tetapi disebabkan keperluan masyarakat terhadap ilmu ilmiah juga sama penting dengan pengetahuan perisian, maka dimasukmuatkan juga bahan ilmiah sebagai bahan bacaan tambahan.

''tiada perisian yang lebih baik dari perisian yang sudah dicuba-uji dengan kerapkali dan berterusan..''

dipetik dari kata-kata

Ibnu Zaidi
Admin budaksoftware.blogspot.com

Selasa, 10 Ogos 2010

Cabaran Dalam Kesatuan Sekerja

Kesatuan sekerja adalah suatu elemen penting dalam perhubungan perindustrian. Kesatuan Sekerja terdiri daripada sekumpulan pekerja yang bergabung untuk melindungi kepentingan bersama dan mengadakan perundingan dan perjanjian bersama dengan majikan demi menjamin hak dan faedah pekerja. Kesatuan sekerja adalah pertubuhan yang bukan sahaja terhad kepada pekerja-pekerja biasa malahan termasuk mereka yang berada dalam kategori pengurusan, penyelia, eksekutif dan sebagainya.

Kewujudan kesatuan pada dasarnya berfungsi mengimbangi perbezaan kedudukan antara majikan dan pekerja. Dengan wujudnya kesatuan yang bersifat sebagai ‘orang tengah’, berbagai-bagai masalah yang melibatkan majikan dan pekerja dapat diatasi. Di samping itu, pekerja juga memperoleh faedah-faedah tertentu mengikut perjanjian bersama seperti mana yang dituntut oleh kesatuan tanpa mengira sama ada dia adalah ahli kesatuan ataupun tidak.

Dari sudut pandangan seseorang majikan , pekerja yang menganggotai kesatuan sekerja boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.


Sejarah Kesatuan Sekerja

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditubuhkan dalam bulan Julai 1946 untuk menguatkuasakan Enakmen Kesatuan Sekerja 1940. Di bawah enakmen ini, sebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan diwajibkan memohon untuk pendaftaran kepada Pendaftar Kesatuan Sekerja. Pendaftaran kesatuan sekerja bermula dalam tahun 1947 dan pada penghujung tahun tersebut sebanyak 298 kesatuan sekerja telah didaftarkan dengan jumlah keahlian seramai 195,113 orang.

Nama Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditukar kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dalam tahun 1989. Gelaran Ketua Jabatan telah juga ditukar daripada Pendaftar Kesatuan Sekerja kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk mencerminkan peranan dan tanggungjawab yang sebenar selain daripada mendaftarkan kesatuan sekerja.

Untuk bacaan lebih lanjut http://www.matakailteam2010.co.cc/ebook/CabarandalamKesatuanSekerja.pdf

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. http://is-atika.blogspot.com/2014/04/isu-dan-cabaran-kesatuan-sekerja-di.html

    BalasPadam

Taip komen anda di sini