Assalamu'alaikum dan selamat datang ke Laman budaksoftware.blogspot.com.

Kepada Pembaca yang dihormati..

Pada awalnya blog Jom Bincang Software hanya ingin menyentuh hal-hal yang berkaitan software/perisian tetapi disebabkan keperluan masyarakat terhadap ilmu ilmiah juga sama penting dengan pengetahuan perisian, maka dimasukmuatkan juga bahan ilmiah sebagai bahan bacaan tambahan.

''tiada perisian yang lebih baik dari perisian yang sudah dicuba-uji dengan kerapkali dan berterusan..''

dipetik dari kata-kata

Ibnu Zaidi
Admin budaksoftware.blogspot.com

Sabtu, 19 Jun 2010

Bagaimana membetulkan lidah menyebut bunyi R

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera sahabat..

Tajuk kali ini pun lari dari tajuk asal blog iaitu untuk membincangkan tentang software tetapi masih lagi berkaitan dengan produk digital iaitu eBook (ebuku). Ok.. post kali ini mengenai ebook cara menyebut r dengan betul, panduan untuk korang yang bermasalah menyebut bunyi R.

Jika korang bermasalah menyebut R, post ini untuk korang tapi sekiranya korang tidak bermasalah R maka post ini untuk memahami korang betapa sukarnya melalui hidup tanpa R. Tidak sesukar mana pun.. Mungkin korang telah banyak berusaha untuk menggetarkan lidah. Tahukah korang bahawa lidah ini jika tidak dibiasakan dengan sesuatu sebutan sejak dari kecil, maka sukar untuk anda melatihnya apabila korang dah besar. Itulah ramai yang cakap pelat atau dalam bahasa indonesianya cadel walaupun dah besar.

Antara faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya salah ibubapa yang membiarkan anak-anak menyebut perkataan yang salah semasa kecil. Bukanlah salah ibubapa pun, mungkin tiada kesedaran terhadap pentingnya pembelajaran sebutan semasa kanak2 menyebabkan anak2 cakap pelat sampai dewasa. Kadang-kadang ibubapa pun ikut pelat anak bila bercakap, jadi anak pun ingat sebutan dia betul. Selain tu, dialek atau loghat gak menyebabkan ramai rakan2 kita yang tak boleh sebut r. Macam orang cina, ramai yang sebut "ar" jd "al". Orang jd Olang.

Jadi, peranan ibubapa sangat penting untuk mencorak anak. Disebabkan kelalaian atau ketidaksedaran kita mengenai pendidikan kanak2 menyebabkan anak2 kita nanti bila dah dewasa mengalami masalah dalam pertuturan. Contohnya dalam menyebut bunyi R.

Sebutan r memerlukan lidah untuk bergetar. Udara diperlukan untuk menggetarkan hujung lidah dan pita suara dibunyikan. Menurut kajian berkaitan pendidikan awal kanak-kanak, bunyi r biasanya akan dapat disebut kanak2 dalam usia 6,7 atau 8 tahun. Tetapi itu hanya anggaran yang umum, ramai juga yang dapat menyebut dalam usia yang lebih awal dan ramai juga bila dah besar sekolah menengah baru dapat betulkan sebutan. Akan tetapi usia yang baik untuk melatih menggetarkan lidah pada peringkat kanak2 kerana keadaan lidah yang masih lembut dan mudah dilentur menyebut apa-apa jenis sebutan. Jadi pelajarannya, kalau dah ada anak tu, ajarlah menyebut perkataan yang mudah bagi mereka pada usia yang muda (kanak2).

Bagi korang yang dah sukar menggetarkan lidah menyebut r disebabkan lidah yang sudah keras, korang kena berusaha lebih untuk menggetarkan lidah. Lidah korang kena aktif selalu dengan getaran barulah mudah untuk korang menyebut r. Tapi memang sukar untuk menggetarkan lidah yang dah keras ni. Kena paksa lidah korang untuk bergetar. Mungkin cuba cari petua dari mereka yang berjaya menyebut r dan banyakkan bertanya dengan orang lain. Tetapi panduan yang terbaik untuk korang, saya syorkan panduan untuk menggetarkan lidah menyebut bunyi r. Panduan hasil dari pengalaman penulis untuk mengubati sebutan R. Layari http://sebutrbetul.co.cc/

Alhamdulillah setakat ini ramai yang dah cuba panduan ini dan bermanfaat juga kepada mereka dalam usaha untuk memperbaiki sebutan R. Yang penting korang yakin dengan diri sendiri dan berusaha sungguh-sungguh.. Sebabnya lidah perlu dipaksa untuk bergetar dalam keadaan lidah yang sudah keras ini. Dan untuk meyakinkan korang lagi, mesej ini disampaikan oleh hamba Allah yang sudah berjaya berhasil memperbaiki sebutan r :)

8 ulasan:

  1. Terimah kasih
    en. ibnu zaidi, sye dah cba pnduan tu.. mmg sukar la memula tu tp skg ble la nak getar skit walaupn pyah mulanya. Bl dh fhm konsep getaran tu, baru da kyakinan skit. slma ni xtau nk bt pe.
    Thanks a lot..

    BalasPadam
  2. saya dah cuba panduan itu tetapi tidak berjaya,saya dah cuba selama 3 tahun berturut-turut tetapi tidak juga berhassil

    BalasPadam
  3. encik sy tengah nak berusaha menyebut tapi link yang di beri kat atas tu tak leh buka..tolong la..

    BalasPadam
  4. Link tu xleh bkk la...

    BalasPadam
  5. Macam mana nak dapat panduan itu?

    BalasPadam

Taip komen anda di sini